Sunday, September 14, 2008

no title

Lelaki sanggup menelefon gfnya walaupun sehingga 5 jam
Tetapi 5 minit pun belum tentu dia sanggup menelefon ibunya….
(Apabila ibu menelefonnya, malah dia akan mengeluh sambil terdetik, aku ingatkan
gf aku! )

Lelaki sanggup memakai beg tangan gfnya untuk menunjukkan tanda sayangnya dan tidak mahu gfnya penat...
Tetapi jika ibunya atau kakaknya meminta pegang sekejap, dia akan menyumpah seranah dan berkata (tak macho, dah lah berbunga2)
(malah ibunya membawa plastik beg berat pun dia akan membuat bodoh)

Lelaki akan mengucapkan kata sayang, maaf dan juga terima kasih kepada gfnya 50 kali sehari...
Tetapi dia hanya akan meminta maaf kepada ibunya hanya 1 tahun sekali, itupun waktu raya......

Lelaki akan menjadi gila jika kekasihnya sambung pelajaran ke luar negara
Tetapi dia akan begitu teruja dan tidak sabar2 menyuruh ibu bapanya pergi ke Mekkah supaya senang dia berdating dan berparti di rumah

Lelaki sanggup memeluk, mencium gfnya walaupun dikhalyak ramai..
Tetapi apabila ibunya mencium pipinya atau memegang lengannya untuk melintas jalan, dia menepis.....
(Dengan alasan...Mak!! kawan saya nampak kang malu la...nanti dia cakap saya manja plak)

Lelaki sanggup membelanjakan semua duit kerjanya untuk belanja gfnya...
Tetapi jangan harap untuk memberi ibunya walaupun 50 ringgit
(malah siap meminta duit dari ibunya untuk membelanja gf menonton wayang)
Lelaki sanggup menceritakan kebaikan, kelebihan, kecantikan gfnya kepada kawan2nya..
Tetapi jangan harap nak bercerita tentang ibunya, walaupun masakan ibunya terbaik
(malah siap mengutuk ibunya....kolot la mak aku!)

p/s : kepada wanita2 diluar, jika jumpe lelaki macam ni, cakap aku tak nak ko, cakap kt dia, ko ni lelaki tak guna!!!! Kepada lelaki macam ni..neraka menanti mu!

1 comment:

reez said...

hheehe..wawah..post neh..dasat
Reezluv Blog